Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Wednesday, June 3, 2009

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa,"Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail A.S telah berkata kepadaku.

Berkata Jibrail:"Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka aku akan membimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian sirat seperti kilat yang menyambar."


Berkata Mikail:'' Mereka yang membaca selawat ke atasmu akan aku berikan mereka minum dari telagamu."

Berkata Israfil:" Mereka yang berselawat keatasmu akan aku sujud kepada ALLAH S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH S.W.T. mengampuni orang itu."

Berkata Izrail:'' Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, aku akan cabut roh mereka itu dengan selembutnya seperti aku cabut roh para nabi".

No comments: