Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Tuesday, December 22, 2009

10 MUHARRAM
































Hari ke-10 dalam bulan Muharrah lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.




Monday, December 21, 2009

DOKTOR DUNIA DAN AKHIRAT

Kisah terjadi dahulukala,
Ketika Saidina Ali berhijrah ke Basrah,
Terlihat olehnya manusia mengadap seorang pemuda,
Tampan dan segak nampaknya si dia.

Oh...sang doktor rupanya,
Hebat mengesan penyakit zahir,
Derita batin berkeupayaan dia.

Dirapatinyalah si doktor muda,
Lalu terjadilah dialog di antara mereka.

Assalamualaikum tuan doktor,
Salam dijawab penuh mesra,
Boleh tuan tunjukkan ubat penyakit dosa?
Pertanyaan ditanya beberapa kali.

Sang doktor akhirnya berkata,
Jika ingin mengubat dosa,

Tinggallah di kebun iman,
Ambillah akar-akar niat dan bijirin penyesalan,
Petiklah daun membaiki diri dan azam,

Taburlah bijirin warak,
Semailah buah feqah,

Dahan-dahannya adalah yakin,
Saripatinya adalah ikhlas,
Dan kulitnya adalah ijtihad.


Ambillah akar-akar tawakkal,

Sempurnakannya dengan iktibar,

Minumannya air taubat,
Dan ubatnya tawadhuk.

Ubat diambil dengan hati yang hadir,
waspada dan faham,

Peganglah taufik,
basahlah selalu dengan airmata,

Nyalakan api-api rindu sehingga kedapatan buih-buih hikmat.


Setelah masak,
tuangkanlah ke dulang redha,

Kipaslah dengan kipasan istighfar,

Lalu kau akan dapati minuman yang sangat jernih,
asli dan sedap rasanya.


Minumlah air itu di tempat yang sunyi tanpa manusia,

Hanya Allah Taala semata-mata,
Itulah dia pengubat dosa yang mustajab.


Selesai memberi ubat maka terdengarlah,
Madah-madah dari doktor tentang Yang Maha Esa,
Tiba-tiba terdengar teriakan dari doktor budiman,
Jatuh ia rebah lalu kaku.

Sesungguhnya engkau ini doktor dunia dan akhirat,
Itulah ungkapan Saidina Ali kepadanya,
Lalu jasad doktor disemadikan dengan aman.



Thursday, December 17, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH


































“Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukanya”


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



Thursday, December 3, 2009

YANG PERLU KITA HAYATI BERSAMA












SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tulisan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain..



Monday, November 30, 2009

KENAPA KITA DIUJI

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…


KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129


AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12


SEMBELIHLAH SIFAT KEBINATANGAN MU























"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."

Surah Al-Hajj Ayat 37


Allah tidak menginginkan sesuatu dari makhluk, samada berupa daging dan darah binatang korban mahupun hadiah.Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi, juga antara keduanya. Sebaliknya makhluklah yang memerlukan pertolongan dan bantuan dari Allah

.

Menyembelih binatang korban itu dihubungkan dengan sifat ikhlas dan taqwa. Keikhlasan adalah syarat sesuatu amalan diterima. Iaitu melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Tidak kerana yang lainnya. Manakala takwa pula sifat berhati-hati dalam semua tindakan yang berkaitan hati, perbuatan dan percakapan, khuatir mendapat kemurkaan Allah.

Perbuatan menyembelih korban, dapat mempengaruhi batin manusia, iaitu hati, kerana dapat menjadikan hati menjadi gementar ketika nama Allah disebut. Mengakui kebesaran dan keagungan Allah, menyedari kekerdilan dan kelemahan diri.


Korban juga menjadi lambang kerelaan diri untuk mengorbankan hidup, dan segala sesuatu yang dimiliki untuk membela kebenaran atau yang hak. Tentunya berdasarkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Walau sesukar mana cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam menegakkan kebenaran itu, hati tetap teguh dan tidak mudah goyah. Keazaman tetap kuat untuk menegakkan kebenaran, bibir tetap tersenyum dengan kesabaran yang indah.


Waktu korban yang telah ditentukan waktunya, ini bermaksud agar seluruh hati kaum Muslimin seluruh dunia berdenyut dalam waktu yang sama untuk melaksanakan satu cita-cita. Dengan demikian, ibadah korban memimpin manusia untuk mengembangkan cita-cita berkorban untuk kepentingan ummah secara keseluruhan. Tidak hanya memikirkan kepentingan peribadi.


Binatang yang dikorbankan melambangkan sifat kebinatangan dalam diri, maka dengan menyembelih binatang korban mengingatkan kepada manusia untuk menyembelih sifat kebinatangan dalam yang ada dalam diri. Biarlah sifat-sifat kotor seperti buas, tamak, rakus itu mengalir keluar dari tubuh kita sebagaimana darah yang mengalir ketika terputusnya urat marih dan halkum binatang korban.

Sembelihlah sifat kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Jadilah Manusia yang Allah Sayang.


"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya".

Al-Baqarah : Ayat 261


Friday, November 27, 2009

MARI BERTAKBIR

SALAM AIDILADHA



















"Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah swt, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati akan mati (kiamat)"

Saturday, November 21, 2009

OREN PERISA ARAK












TUNJUK...Subbarow menunjukkan minuman ringan berperisa arak.

KUALA LUMPUR: Luaran nampak seperti minuman ringan biasa, namun ia sebenarnya minuman berperisa arak yang kini menjadi kegilaan remaja terutama di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Mendedahkan perkembangan membimbangkan itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subbarow, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati minuman itu mengandungi alkohol 5.5 peratus.

Menurutnya, ramuan arak yang ditin dan dibotolkan itu menggunakan pewarna seperti warna oren, epal dan campuran buah tropika bagi menarik perhatian pembeli membelinya dengan harga antara RM5 hingga RM12 sebotol.

“Ibu bapa terutama mereka yang beragama Islam perlu memberi perhatian serius kerana peratusan alkohol dalam minuman ringan ini melebihi kandungan (alkohol) yang terkandung dalam setin ‘beer’ iaitu 5 peratus saja.

“Kajian yang dilakukan CAP mendapati lebih 50 peratus murid dan pelajar sekolah kini menyukai minuman ini. Lebih serius ia mudah didapati di pasar raya mini dan kedai serbaneka.

“Pejabat CAP dihujani panggilan daripada golongan ibu bapa yang risau dengan penjualan minuman ringan itu kerana ada di antaranya mendakwa anak-anak mereka berasa pening lalat selepas meminumnya,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Selain itu, pihak CAP turut mendapat aduan daripada pihak sekolah yang mengatakan segelintir murid dan pelajar membawa minuman ini ke sekolah untuk tujuan mengadakan jamuan hari jadi.

Menurutnya, tinjauan CAP mendapati terdapat lebih 25 jenama minuman ringan berperisa alkohol dijual di pasaran negara ini.

“Undang-undang negara jelas menyatakan sebarang minuman yang mengandungi alkohol dilarang penjualannya secara terbuka kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah.

“Tetapi murid dan pelajar sekolah secara biasanya tidak gemar membaca kandungan label dan terus minum sebaik saja membelinya.

“Justeru, CAP bimbang dengan perkara ini kerana ia tahap permulaan untuk mereka minum arak apabila meningkat dewasa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20091121024407/Article/index_html

Monday, November 16, 2009

BENIH YANG KU SEMAI















BENIH YANG KU SEMAI


Ya Allah yang Maha Pengasih,

Ini adalah benih semaian kasih,

Ku pintal akrab dalam taqwa kepada Mu,

Dalam munajat tetap mengharap,

Agar ia adalah pohon rendang yang sarat manfaat,

Tidak engkar mengikut perintah Mu….



Ameen, Ya Rabb





Sunday, November 15, 2009

DOA


Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin…


Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruhan umat Islam yang masih hidup dan yang telah mati...


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw...


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami kearahnya. Selamatkanlah kami Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa kami ke neraka….


Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam…


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagi, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti…


Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami...


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan kami di akhirat nanti...


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau...


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati...


Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir...


Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah kami ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka...


Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Engkau...


Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin. Semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Nabi Muhammad saw...


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini hamba berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.


Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al Kauthar, selamatkanlah kami ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.


Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga engkau, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.


Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Muhammad saw dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas…


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً

وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Ameen, ya Rabb


Sunday, November 8, 2009

KERAS HATI



Sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah




Friday, November 6, 2009

TETAMU TERAKHIR

TETAMU TERAKHIR

Saudaraku,
Tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungi kita? Tahukah kita apa tujuan ia menziarahi dan menemui kita? Apakah hajatnya dari kita?

Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan harta kita, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersama kita, atau meminta bantuan kita untuk membayar hutangnya, atau meminta kita memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Kita dan keluarga kita malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!

Walaupun kita tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, kita tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemui kita dan menunaikan urusannya dengan kita!!

Untuk menemui kita, dia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Dia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kita sedang sibuk ataupun lapang, sedang sihat ataupun sedang sakit, semasa kita masih kaya ataupun sedang melarat, ketika kita sedang bermusafir atau pun tinggal di rumah kita!!

Saudaraku!
Pengunjung kita ini tidak memiliki hati yang lemah. Dia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangis kita bahkan oleh jeritan kita dan sahabat-sahabat yang menolong kita. Dia tidak akan memberi kita kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitungan kita dan meninjau kembali urusan kita!

Kalau pun kita berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, dia tidak akan menerimanya sebab seluruh harta kita itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya!

Sungguh! dia hanya menginginkan diri kita saja, bukan orang lain! dia menginginkan kita semuanya bukan separuh badan kita! Dia ingin membinasakan kita! dia ingin kematian dan mencabut nyawa kita! Menghancurkan raga dan mematikan tubuh kita! Dia lah malaikat maut!!!


Allah s.w.t berfirman, ertinya:

“Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (QS. As-Sajadah: 11)

Dan firman-Nya, ertinya:

“Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya.” (QS. Al-An’am: 61)




MUTIARA HATI IBNU QAYYUM

"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Saturday, October 31, 2009

SEMUGA MENDAPAT HAJI MABRUR









SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TERUTAMANYA SEORANG SEPUPU DAN BEBERAPA ORANG SAHABAT.

“Semuga mendapat haji mabrur, insyallah…”


“Haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan SYURGA”

(HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Setiap insan yang mendapat jemputan Allah pasti berharap mendapat haji mabrur, apalagi dijanjikan Syurga. Tentunya, haji mabrur adalah haji makbul, yaitu haji yang diterima Allah. Untuk mendapatkan haji mabrur tak cukup dengan berharap, tetatpi juga perlu diiringkan dengan berusaha dan doa.


Friday, October 30, 2009

Alasan Dangkal

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Alasan tidak masuk akal apabila seorang pemilik restoran yang mempamerkan sijil halal palsu di premisnya mendakwa tidak tahu bahawa mencampurkan kicap mengandungi kadar alkohol tinggi ke dalam masakan ayam haram dimakan.

Difahamkan, restoran kopitiam terletak di Damansara Perdana terbabit menggunakan kicap dengan kadar alkohol 16 peratus setiap botol itu sebagai resipi wajib bagi merendam ayam masakan yang dihidangkan.

Perbuatan disifatkan satu penganiayaan kepada pengguna Islam itu berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat serbuan di restoran kopitiam itu, semalam.

Serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu disertai seramai lima pegawai Jakim dibantu tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.

Sumber Jakim berkata, siasatan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan. Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati pemilik premis menggunakan sijil halal palsu dibeli dari syarikat swasta dengan harga lebih RM1,000.

“Pemilik restoran bukan Islam berkenaan dipercayai menggunakan sijil halal palsu terbabit sebagai modalmenarik pelanggan di kalangan pengguna Islam. Mungkin menyedari sukar melepasi syarat pensijilan halal Jakim, dia cuba mendapatkan sijil halal dari pihak yang menawarkannya pada harga tertentu.

“Pemeriksaan mendapati, pemilik restoran mempamerkan sijil halal Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) luput tarikh pada dinding premis,” katanya.

Menurutnya, pegawai Jakim yang melakukan pemeriksaan susulan di dapur restoran berkenaan terkejut apabila menemui beberapa botol cecair hitam dipercayai kicap khas digunakan dalam masakan.

“Pemeriksaan pada botol kicap mendapati ia mengandungi alkohol 16 peratus. Kadar alkohol tinggi itu jelas boleh menyebabkan individu yang meminum kicap berkenaan mabuk.

“Ketika ditanya kepada tukang masak warga asing yang bertugas di dapur berkenaan, dia mengaku menggunakan kicap alkohol terbabit untuk merendam ayam supaya lebih enak. Berikutan itu, pegawai Jakim merampas ketiga-tiga botol kicap alkohol berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemilik restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, operasi seumpama itu diteruskan bagi membasmi penggunaan sijil halal tidak mendapat tauliah Jakim selain memastikan pemilik restoran patuh terhadap syarat pensijilan halal ditetapkan.

Serbuan dilakukan semalam kejayaan kedua selepas pegawai Jakim membongkar penggunaan kicap mengandungi alkohol di sebuah restoran di Wangsa Maju di sini, 22 Oktober lalu.

Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran terbabit mendakwa dia membeli sijil halal tidak diiktiraf Jakim itu pada harga RM3,000 daripada syarikat swasta yang langsung tidak pernah melakukan pemeriksaan terhadap premis berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20091030084045/Article/index_html