Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Monday, August 17, 2009

MATI DAN KEMATIAN

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :

1. Sedekah jariah yang diberikan semasa hidup kita (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu bermanafaat yang diajarkan dan diamalkan, akan terus hidup untuk menyalurkan saham pahala kepada kita di sana.

3. Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan bagi kita.

"Wahai orang-orang beriman, takutlah pada Allah dan janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan Islam" (3:102)


Kata Dr. Yusuf Qardawi: ”sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.

"Ya Allah hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman dan jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman-taman SyurgaMu"



No comments: