Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Tuesday, August 25, 2009

BERBUKA MENGIKUT SUNNAH

BERBUKA MENGIKUT SUNNAH


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Orang yang berpuasa mendapatkan dua kegembiraan, yaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraaan ketika berjumpa dengan Tuhannya.”


Menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Kita juga boleh berdoa apa saja yang dihajati kerana antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)


Berbuka puasa dengan rutab (kurma basah), tamar (kurma kering) atau air.

Sebagaimana hadis dari Anas bin Malik :
“Rasulullah pernah berbuka puasa dengan ruhab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada rutab, maka beliau memakan tamar (kurma kering) dan kalau tidak ada tamar, maka beliau meminum air, seteguk demi seteguk”


Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka, namun, jika makanan sudah terhidang sunnah menjamah makanan itu dulu. Selepas itu bersegeralah mengerjakan solat Maghrib.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam ketika iqamat dilaungkan atau solat sudah didirikan, utamakan makan malam. Jangan tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehingga dia selesai dalam keadaan tenang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Digalakkan berbuka secara sederhana

Firman Allah (Al-`Araf:31)

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.


Berdoa ketika berbuka. Sesungguhnya doa orang yang berbuka puasa itu akan dimakbulkan oleh Allah.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyediakan makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa tidak dikurangkan walau sedikit pun.” (hadis riwayat al-Tirmizi)




No comments: