Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Monday, December 31, 2012

HEBATNYA SOLAT MEREKA...



Bagaimana pula solat kita?...

Hatim bin Asam ra ditanya tentang hal keadaanya mengenai solat... Jawab Hatim: "Tiba waktu solat aku pun berwuduk dan pergi ke tempat solat... Aku duduk di situ sehingga ketegangan anggota tubuhku kendur (berasa tenang). Kemudian aku pun berdiri untuk solat...".

"Semasa inilah aku membayangkan satu gambaran yang jelas di hadapan mataku iaitu Kaabah di hadapanku, kakiku berdiri di atas Titian Sirat dengan Syurga di sebelah kananku dan Neraka di sebelah kiriku... Izrail di belakangku... aku berasa seolah-olah inilah solatku yang terakhir...".

"Aku lemas dalam dua perasaan: takut solatku tidak diterima dan berharap sungguh agar solatku diterima... Dalam keadaan inilah aku menunaikan solat dengan penuh keikhlasan dan ketaatan..."