Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Saturday, September 4, 2010

RAMADHANKAN PERGI...




RAMADHAN semakin menghampiri penghujung, terlalu cepat masa berlalu…. Walaupun sedih untuk berpisah dengannya, Ramadhan tetap akan pergi meninggalkan kita. Beruntunglah bagi mereka yang boleh berjaya memanfaatkan Ramadhan siang dan malamnya. Berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa ganjaran kecuali lapar dahaga sahaja. Maka rugilah mereka yang gagal memanfaatkannya dengan pelbagai alasan kerana tiada jaminan kita akan bertemu Ramadhan tahun depan.


Sabda Rasulullah:

“Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Firman Allah dalam hadits yang disampaikan oleh Nabi :

"Puasa itu untuk-Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari pada aroma kesturi." (Hadits Muttafaq 'Alaih).


Sabda Rasulullah saw:

Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.”


3 comments:

lillah أمي هريرة said...

salam ramadhan..
moga ramadhan yg berbaki ini dimanfaatkn sebaiknya..

Anonymous said...

Salam...insyaAllah
~BERUNTUNGLAH kepada mereka yang namanya telah dipadamkan dari pintu neraka dan ditulis pula di pintu Syurga untuk dia memasukinya... Ya Allah, Kau masukkanlah kami salah seorang daripada mereka... Amin~

INSAN KERDIL said...

Salam Syawal...
Terima kasih lillah atas kunjungan...
Semoga roh Ramadhan berkekalan sehingga ke Ramadhan tahun depan...
Amin...