Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Saturday, August 14, 2010

POHONLAH KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN SEBELUM TERLAMBAT

Mentari 3 Ramadhan dah pun tenggelam, kini menyingsing pula mentari 4 Ramadhan. Marilah sama-sama kita muhasabah diri, sempurna tidaknya lapar dahaga tiga hari lepas.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jadikanlah kami termasuk orang yang perpuasa pada bulan ini, yang pahalanya sempurna, yang mendapat Lailatul Qadar, yang mendapat rahmat dan redhaMu"

… Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap samada disedari atau tidak kepada semua yang mengenali diri ini...

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasan...ah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.

ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.

iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Pohonlah keampunan atas setiap kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan kerana tiada jaminan kita akan bertemu Ramadhan lagi tahun depan...



No comments: