Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Sunday, April 18, 2010

KEMBALILAH

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hitung kami sebagai bersalah, jika kami lupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap mereka yang kufur terhadap-Mu” [al-Baqarah 2: 286]

Tatkala hati gelisah…

Terimalah ia sebagai pemberitahuan hati…

Bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal…

Kembali kepada Tuhan…


Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan…

Sehinggalah ia hilang dari genggaman…

Baru kita tersedar akan kehilangannya…

Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini…

Hingga hanya mampu tercelik selepas mati…

Bahawa tiada lagi peluang amal…

Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…


Jangan seksa jiwa dan hati kami…

Kami merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini...

Bawalah hati kami kembali ke asalnya…

Asalnya yang sentiasa dekat dengan Mu ya Allah…

Kembalilah!............................

No comments: