Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Wednesday, October 7, 2009

Pelajar bakar dewan, sabotaj PMR?

















Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di SMK Taman Johor Jaya 2 terganggu kerana sebahagian dewan sekolah itu terbakar pagi tadi dipercayai akibat perbuatan khianat seorang pelajar.

Seramai 75 calon terpaksa dipindahkan ke bilik kuarantin influenza A (H1N1) bagi membolehkan mereka mengambil peperiksaan itu.

Timbalan pengarah pelajaran negeri Markom Giran berkata kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi itu memusnahkan sebahagian kecil dewan itu termasuk peralatan pembelajaran di dalamnya.

"Kejadian itu hanya disedari oleh seorang pengawas peperiksaan yang datang ke sekolah berkenaan kira-kira pukul 6.25 pagi dan pada ketika itu api sudah hampir terpadam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Markom berkata kejadian itu dipercayai perbuatan khianat pelajar yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan sekolah, dan ketika kejadian seorang guru sempat melihat kelibat seseorang melarikan diri dari tempat kejadian.

Perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak polis, katanya.

Markom berkata 58,185 pelajar menduduki peperiksaan tersebut di 473 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Katanya, setiap pelajar diambil suhu badan mereka sebelum dibenarkan mengambil peperiksaan dan para pelajar turut dibekalkan dengan topeng penutup mulut. BERNAMA








2 comments:

m.q said...

agaknye student tu tensen sangat kot

INSAN KERDIL said...

Salam m.q

Tension sampai bakar sekolah! Mungkin juga, kalau betullah pelajar2 kita perlu diajar cara mengurus tension...