Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Tuesday, September 1, 2009

FASA KE 2 RAMADHAN

SALAM…

Hari ini kita sudah melewati hari ke11 Ramadhan iaitu telah masuk fasa kedua , dimana dalam fasa pertama Allah menjanjikan limpahan rahmat, fasa kedua maghfirah (keampunan) dan fasa ke tiga pembebasan dari api neraka bagi hamba-hambaNya yang benar-benar menghidupkan Ramadhan.

Bagi kita yang masih lagi leka dan mensia-siakan tempoh satu pertiga Ramadan yang telah berlalu itu, masih belum terlambat untuk kembali merebut peluang keemasan, yang tentunya tidak dapat dipastikan akan berulang pada tahun depan, kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Atau jangan pula kita hanya bersemangat pada awal Ramadhan sedangkan apabila Ramadhan sudah hampir berlalu terutama pada malam-malam sepuluh terakhir masjid dan surau kembali sunyi.

Allah telah membuka seluas-luasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbulkan doa, dirantai segala syaitan laknatullah, ditambah pula dengan kehadiran malam Laillatul Qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan.

Marilah bersama-sama kita rebut keistimewaan Ramadhan yang bakal kita lalui bagi menyahut tawaran Allah yang diberitahu oleh nabi Muhammad s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :


: ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُeقال الرسول يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌرواه ومسلم

Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru di manakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.



No comments: