Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Friday, December 17, 2010

WAHAI MUSLIMAH…

Katakan tidak!

Saya menyeru diri sendiri dan kepada mu wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

1. Pakaian yang sempit dan jarang.

2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.

3. Wangi-wangian dan solekan.

4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Wahai muslimah perhatikan diri kita di dalam cermin sebelum kita keluar rumah... Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian kita bertepatan dengan kehendak Allah?...

Bagaimana sepatutnya pakaian kita…

· Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.

· Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”

· Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”

· Tidak disapu dengan bau-bauan.

· Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka...”

Anda di dalam kebaikkan jika:

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik...”

Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka…” (Riwayat al-Tirmizi)

Kami memohon bantuanMu, wahai Allah…Agar dikurniakan sekeping hati yang cintakan kebaikan dan bercita-cita agar dapat mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang keluh-kesah dan jauh daripadMu ya Allah... yang bimbang hati menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan kami…hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan kami sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati kami dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang kami lakukan, daripada kepingan hati ini… kami mengharapkan kebaikan untuk kita semua. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang!..”

Ucapkanlah “Aku memohon bantuanMu, wahai Allah!... Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku… Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”




3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..sy nk tanya,apa yg dmksdkan dgn "pakaian itu bknlah utk menarik perhatian & berasa takabbur & sombong spt hadis, 'brgsiapa yg memakai pkaian yg menunjukkan kemasyhuran didunia, maka Allah akan memakaikan pakaian kehinaan di akhirat kemudian Allah akan memakai pakaian drpd bara api'..?"apa yg dimaksudkan dgn pakaian bkn utk menarik perhatian?kita x boleh ke pakai pakaian yg ada corak/warna-warni?atau disini bermaksud pakaian yg ada blink2(labucci2)??

BERKAT ESHOP said...

terima kasih atas perkongsian ini
saudaraku.....

yentelideus said...

Casino Finder (New York) - MapyRO
› search 밀양 출장샵인천광역 출장안마 casino-finder-us 군산 출장안마 › search › casino-finder-us Explore 의왕 출장마사지 casinos 김해 출장마사지 in New York City by revenue, features and reviews - and see activity.