Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Sunday, May 24, 2009

3 HARI DALAM HIDUP KITA

HIDUP KITA CUMA DI DALAM MASA 3 HARI:
1. Semalam - Sudah berlalu menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun


Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

Berusahalah mencari redha Allah dan redha kedua ibu bapa, semuga kita selamat di dunia dan akhirat.

Jauhilah dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah, kerana azab Allah amat pedih.


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah kesemuanya.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak tergambar oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.


Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:-


1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.



Oleh itu, kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wassalam.

No comments: