Buatlah suatu kebaikan yang akan terus hidup walaupun setelah kita mati.
Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah. سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku, Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku marah, Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku setabah ummi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
"Sedekat-dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa." Daripada Abu Hurairah r.a.(Riwayat Muslim)
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat Menjawab: “Bahkan ” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhuk”
KEISTIMEWAAN SUJUD
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:
“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
SESUNGGUHNYA manusia melalui setiap hari dalam hidupnya dengan dua pilihan, iaitu sesaat yang dilalui dengan haruman taat atau sesaat yang dipalit maksiat.
Hitungannya sangat halus, jika dia kehilangan satu detik saja dalam berbakti mungkin kakinya akan terjerumus ke lubang neraka. Begitu juga jika dia terlebih satu detik berharga, satu detik itulah yang menyelamatkannya ke syurga.
Alangkah beruntungnya orang yang memiliki hati selembut kapas, tembus pandangan ke setiap sisi daripada zahir dan batinnya. Melihat, memandang, menilai dan mengukur diri sendiri hingga lupakan aib orang lain.
Al-Qusyairi pernah menulis dalam Risalahnya: “Permulaan orang yang bertaubat ialah kesedaran hatinya dari kelalaian dan dia memandang dirinya buruk lagi hina. Seseorang hanya akan sampai ke tahap ini kerana dua sebab iaitu kuasa Allah SWT yang menunjukinya dan kemahuannya mendengar suara hatinya sendiri. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dengarlah nasihat Allah di dalam hati setiap Muslim.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Bukankah lebih baik berasa diri kotor dan bersalah daripada mengaku bersih dan tidak sensitif langsung dengan amal perbuatan dilakukan? Adakalanya maksiat itu memberi pengaruh baik bagi diri jika ia dilalui dengan semangat taubat.
Hal ini pernah disebutkan Prof Yusuf al-Qardawi, beliau menukilkan perkataan Ibnu ‘Athaillah dalam kitabnya Al-Taubah Ilaa Allah, beliau berkata: “Boleh jadi Allah sudah membukakan pintu ketaatan kepadamu, tetapi tidak membukakan untukmu pintu penerimaan dan boleh jadi Allah mentakdirkan untukmu berbuat maksiat yang menyebabkan kamu bertaubat dan hampir kepada Allah. Sesungguhnya maksiat yang mencetuskan ketundukan dan membuat hatimu hancur lebih baik daripada ketaatan yang mengakibatkan ketakjuban diri sendiri dan ketakburan.”
Dalam melayari samudera kehidupan, kita memerlukan keteguhan hati. Cubalah memandang segalanya dengan positif. Pujuk hati yang luka dan hilang pertimbangan kerana diasak maksiat. Namun, ramai juga terkorban kerana memandang remeh perkara taubat.
Sesungguhnya dosa hanya dapat dihapuskan dengan empat cara:
Dengan taubat. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh dan tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha, ayat 82)
Melakukan amal salih. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan melakukan amal salih, maka kejahatan mereka ditukarkan oleh Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Furqan, ayat 68-70)
Datangnya musibah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang Muslim yang ditimpa kecelakaan, kemiskinan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta tertusuk duri sekalipun nescaya Allah akan menebus dosa-dosanya dengan apa yang menimpanya itu.” (Hadis Muttafaqun Alaih)
Dilebur di dalam api neraka. Daripada Abu Zar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku mengetahui mengenai lelaki yang terakhir keluar dari neraka pada hari kiamat, dikatakan kepadanya: “Bentangkanlah dosa-dosa kecilnya!” Sedangkan dosa besarnya disembunyikan. Kemudian dikatakan kepadanya: Kamu mengerjakan ini pada hari ini dan ini pada hari ini. Dia mengakui tanpa membantah kerana terlalu bimbang dengan dosa besarnya. Lalu dikatakan: Berikanlah kebaikan sebagai pertukaran untuk setiap kejahatan yang dilakukannya. Lalu dia berkata: Aku mempunyai dosa-dosa lain, tetapi tidak dibentangkan di sini. Kata Abu Zar: Aku melihat Rasulullah SAW ketawa hingga nampak gigi geraham baginda.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi, Ibn al-Qayyim menyatakan ia sahih)
Bagaimanakah keadaan orang yang suka mengulang-ulangi maksiat dan taubatnya? Adakah dia akan diampuni oleh Allah Taala? Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang hamba sudah melakukan dosa, lalu dia berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sudah berdosa, maka ampunilah aku! Maka Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya maka Aku mengampuninya. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut ketentuan Allah. Dia pun melakukan dosa lain lalu berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku melakukan dosa lain, ampunilah aku. Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya, maka Aku mengampuninya. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut ketentuan Allah. Dia pun melakukan dosa lain lalu berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku melakukan dosa lain, ampunilah aku. Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya, maka Aku mengampuninya, hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Al-Qardawi mengulas hadis itu, katanya: “Ungkapan maka hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya, makna yang sebenar hanya Allah saja Yang Maha Mengetahuinya. Penafsirannya ialah setiap kali hamba melakukan dosa, dia bertaubat, yang demikian itu menjadi penghapus dosa-dosanya. Ia bukan bermakna sengaja melakukan dosa, rela dan suka bermaksiat dengan tujuan untuk mempermain-mainkan Allah SWT.
Manusia boleh melakukan apa saja sesuka hatinya, Allah tetap Maha Pengampun...
Tetapi adakah kita sanggup mengambil risiko bermain-main dengan rahmat dan ampunanNya jika kita sendiri tidak pasti permainan itu akan berakhir di mana?...
Adakah berakhir dengan husnul khatimah atau suul khatimah?...
Risiko itu tetap ada di atas jalan yang kita tempuhi...
Mati dalam taat atau maksiat?...
Kita sendiri yang memilih...
Beranikah kita mencuri peluang atas rahmat dan maghfirahNya?...
• Inilah erti bahagia Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: “ Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi: “ Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “ Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
Kaedah mencari bahagia mengikut Al Quran dan Sunnah:
1. Beriman dan beramal salih. “Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah . Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)
3. Bersandar kepada Allah. Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman: “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik. Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati. Firman-Nya: “Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam. Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri. Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda: “Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia. Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah: “Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)
Zikrullah bawa bahagia: Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi hati tidak tenang. Kenapa? (Untuk menjawabnya sila rujuk enteri saya dalam tajuk Mencari Ketenangan Hati).
Bahagia itu letaknya di hati. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita. Agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu berhati-hatilah menjaga hati!
"Ya Allah bantulah kami mengingatiMu setiap detik nadi kami"
ASMA' AL-HUSNA
MARI BERZIKIR
BACALAH SETIAP HARI WALAUPUN SEDIKIT
Bismillahirrahmanirrahim... (klik pada gambar untuk membaca Al Quraan)
SURAH AL MULK
SURAH AR RAHMAN
ANDAINYA
"Ya Allah ya Mumitt jangan Kau ambil nyawa kami sebelum taubat kami Kau terima"
TAWAKKAL
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah Ta’ala dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Allah akan memberikan kepada kamu rezeki sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Berpaginya(burung) dalam keadaan lapar dan pada petangnya pulang dalam kekenyangan”
Hadis Riwayat Imam Tirmizi R.A: Hadis Hasan Sahih
"Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya " إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
KASIH MANUSIA
“Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti…”
"Ya Allah tetapkanlah hati ini pada jalanMu, Janganlah engkau sesatkan hati ini setelah engkau berikan hidayahMu, moga aku tergolong dalam golongan hambaMu yang bersyukur Ameen"
MENITI WAKTU
Daisy Flower Clock Widget
BIARLAH HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
Semuga Allah permudahkan perjalanan hidupku, "Ya Allah ingatkan aku dikala aku alpa"
Insan berjiwa hamba perlu mempunyai 2 mata di wajahnya, untuk memandang seluruh urusan dunianya.... dan mempunyai lebih dari 2 mata di hatinya agar cukup untuk melihat seluruh urusan akhiratnya.
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."
~ Rabia`tul Adawiyah~
KU MOHON KASIHMU YA ALLAH
Dengan nama Mu ya Allah Tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang...
Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah engkau rencanakan...
Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami...
Serta bagi insan-insan disekeliling kami...
Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman...
Permudahkan jalan kami dalam melusuri setiap rencana yangkau tetapkan ya Allah...
AMPUNAN MU TUHAN LEBIH BESAR DARI KESALAHAN INSAN
Firman Allah swt.
قُلۡيَـٰعِبَادِىَٱلَّذِينَأَسۡرَفُواْعَلَىٰٓأَنفُسِهِمۡلَاتَقۡنَطُواْمِنرَّحۡمَةِٱللَّهِۚإِنَّٱللَّهَيَغۡفِرُٱلذُّنُوبَجَمِيعًاۚإِنَّهُۥهُوَٱلۡغَفُورُٱلرَّحِيمُ (٥٣ Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( SurahAz Zumar : 53)
AMALAN BAIK
Rasulullah SAW sendiri telah memberi galakan untuk kita mencipta dan memulakan kebaikan berdasarkan sabdanya (Riwayat Imam Muslim):
Bermaksud: “Barang siapa yang memulakan dalam Islam satu amalan yang baik lalu perkara itu diikuti (oleh orang lain) sesudahnya, maka dituliskan (ganjaran pahala) untuknya sama seperti ganjaran pahala orang yang melakukannya tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun....”
ILMU
“Kemanisan ilmu bila dikuasai oleh orang yang ada kemanisan iman bagaikan kemanisan tamar yang terhidang di hadapan orang yang sedang berbuka puasa.”
AKHLAH
“Ya Allah cantikanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah saw dan serikanlah wajahku dihari berserinya wajah orang-orang beriman”
PESAN RASULULLAH KEPADA AISYAH SEBELUM TIDUR
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara”, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
*Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
*Bacalah selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
*Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
*Dan, perbanyaklah bertasbih 33 subhanallah 33 alhamdulilah 34 Allah hu Akbar, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
MATA
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, yaitu mata yang menangis karena ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga (musuh datang) dalam melakukan peperangan fi-sabilillah. " Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan
TEMAN HIDUP
Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tidak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tidak setulus ZULAIKA, Tidak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, Jika hati tidak sekuat SARAH, Mengapa di damba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tidak sesempurna RASULULLAH S.A.W.......
SAHABATKU
Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis……. Peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman…….
JODOH
“Jodoh itu rahsia Allah. Di sisi kita pasti tersedia seseorang. bila? siapa? dimana? Dia yang berhak menentukan. Kalau tidak di dunia ini, mungkin nun di Syurga menanti. Kita sebagai hambaNya persiapkanlah apa yang sepatutnya......”
“Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu.”
KEDUDUKAN KITA DI SISI ALLAH
"Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, hendaklah dia memerhatikan kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya sebagaimana hamba itu menempatkan Allah di dalam hatinya..”
KEMATIAN
Pernahkah kita terfikir bagaimanakah corak atau bentuk kesudahan dan penamat atau pengakhiran hidup kita nanti????? Rasa takut pada seksaan dan kemurkaan Allah swt… Hanya mengharap pada rahmat, keampunan dan redhaNya….
Bila kita rindu untuk bertemu dengan Allah swt, Allah juga rindu untuk bertemu dengan kita….
RAMADHAN
RAMADHAN dirindui dan dinanti, peluang untuk tingkatkan diri, saat terbaik bersihkan hati, raih taqwa insyallah Jannah menanti…… SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK…
“Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di RamadanMu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”
ALLAHHUAKHBAR
Biar kita gagal di dunia, tapi jangan kita gagal di akhirat. Biar kita dipandang hina di dunia, tapi jangan kita dipandang hina di sana. Biarlah kita dipandang hina oleh segala makhluk, tapi dipandang mulia oleh Allah.
HAPPY BIRTHDAY TO ME
"Hari ini usia ku bertambah dan semakin menghampiri penghujung....." Pada penghujung hidup ini, akan berlangsungnya pernikahan kita dengan MAUT......, maharnya SAKIT DAN NAZAK....., persalinanya KAPAN PUTIH....., pelaminya diserikan wangian GAHARU CENDANA....., diarak dengan kompangan AZAN DAN KALIMATULLAH....., akadnya TALQIN....., berwalikan LIANG LAHAT....., bersaksiakan NISAN….., malam pertama bersama MUNKAR DAN NAKIR….., di dalam bilik berdindingkan TANAH…..
SEMOGA AMALAN KITA DIBERI PAKAIAN IKHLAS OLEH ALLAH SWT. Orang mukmin tak akan tenang selagi belum meniti sirat Allah.
Terima kasih kepada yang menghantar kad, memberikan hadiah dan kek…..
Selamat Hari Lahir untuk ku, semoga panjang umur, murah rezeki dalam redha Allah….
SOLAT
Sabda Rasulullah saw: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
CANTIK
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~Hamka
Kecantikan itu letaknya di hati... Bersihkan hati...bersihlah iman lalu terpancarlah kecantikan semula jadi insan...kecantikan yang di ubahsuai hanya sementara amat menggerunkan bila di mamah usia...
TUDUNG
“Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kita dari memandang lelaki yang bukan mahram kita, lindungi lidah kita dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kita dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk diri mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kita dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kita dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kita dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kita, lindungi hati kita dari sesuatu selain Allah SWT, bila kita sudah biasa, maka tudung yang kita pakai akan menyinari hati kita. Itulah hakikatnya bertudung.”
5 PERKARA YANG WAJIB DIJAGA OLEH SETIAP MUSLIM
“Ketentuan syarak mewajibkan umat Islam menjaga lima perkara iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta"
ILMU
Nilai ilmu yang paling rendah ialah yang terhenti pada lidah sahaja dan yang paling tinggi pula ialah yang zahir pada anggota dan amalnya.
PAKAIAN
“ Apabila engkau mengenakan pakaianmu, maka ingatlah tabir Allah Ta’ala yang menutupi dosa-dosamu dengan rakhmatNya. Tutuplah batinmu dengan pakaian kebenaran, sebagaimana engkau menutup lahirmu dengan pakaian. Jadikanlah batinmu berada dalam tabir ketakutan dan lahirmu dalam tabir ketaatan”.
BIJAKSANA
"Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah, matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa), sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia."
IMAN
“Tiada yang lebih bernilai dari sekuntum iman di dada, peliharalah ia, bajailah ia dan siramilah ia dengan gerimis amal soleh. Hilang ia bererti hilanglah tempatmu di sisi Allah.”
KEINGINAN
*Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya. *Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya. *Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka al-Qur`an cukup baginya. *Barangsiapa yang menginginkan peringatan maka kematian cukup baginya. *Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya
WAKTU
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
DUNIA
"Letakkan dunia hanya di tangan untuk dicatur, bukan di hati untuk diburui, supaya hidup kita tidak dibuai oleh cinta dunia."
CINTA
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.... Ya Rahman, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.... Ya Rahim, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling dari HatiMu....."
HARGA DIRI
Usalah bimbang jika diri kita tidak dihargai, akan tetapi kita perlu bimbang jika diri kita tidak berharga lagi
SAHABAT
"Carilah sahabat yang bila memandang wajahnya teringat kita akan Allah, bila mendengar perbualanya iman kita bertambah, bila mendampinginya hati akan tenang...Itulah tanda sahabat yang sejati..."
SABAR
"Aku meminta dari Allah setangkai bunga segar, Dia berikan aku kaktus yang berduri. Aku meminta kupu-kupu, diberiNya aku ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi aku tetap BERSABAR. Namun tak lama kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali, dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik..... Begitulah cara Allah mengasihi kita selalu INDAH pada waktunya."
SENYUM
Ukirlah senyuman yang paling manis..... kerana selain sedekah..... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati...... ia tidak menyakitkan tetapi..... menjadi penawar hati yang sakit.....
CITA-CITA
Sabda Rasullullah s.a.w:
"Barang siapa yang bercita-cita untuk mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada' sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya"
Diriwayat oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai, Ibnu Majah.
Navigate Discounts Effortlessly with Weeklyad.sale
-
*Navigate Discounts Effortlessly with Weeklyad.sale* - In the bustling
landscape of retail and e-commerce, finding the best deals and offers from
your fa...
KEKASIH HATI
-
Hakikat cinta, permulaannya kemahuan yang kuat. Pertengahannya adalah
kebahagiaan. Dan kemuncaknya adalah kesedihan. Anda yang menangguk cinta
pasti me...
Biji Benih Pokok Ulam Jarjir
-
Gambar pokok ulam Arab, Jarjir (جرجير)
Benih pokok Jarjir sebungkus 20g. +/- .. Harga
rm30 sebungkus atau rm55 dua bungkus, termasuk poslaju ..
W/a: 012 3...
4 Gambar Sekolah Dulu-dulu
-
Assalamualaikum...
Pagi ini ziarah fb Tok Su Kartini Hassan. Ternampak gambar-gambar sekolah
lama tahun 60an.
Tok Su ini adik bongsu arwah nenek @ uwo say...
Catatan Khas Buat Anak-Anak Umi
-
Assalamualaikum....
Dah lama umi tinggalkan dunia blog nie.. hari ni tiba2, hati terdetik
membukanya semula...MasyaAllah, hampir 3 tahun umi tinggalkan blo...
Ketum: Perlukah Ia Diharamkan?
-
Semua jenis tumbuhan dijadikan Allah ada tujuannya. Tumbuhan herba seperti
ketum dan canabis sepatutnya tidak perlu diharamkan.
Kerajaan cuma perlu mengaw...
Ke Mana Menghilangnya Qamarguyz?
-
Setelah aktif menulis sekitar tahun 2010-2011 sehingga mampu menjana income
sampingan dan mengenali ramai kenalan melalui laman ini, penulis mula
berund...
Keutamaan Ilmu Pengetahuan
-
Di dalam al-Qur’an al-Karim terdapat banyak sekali ayat yang menunjukkan
kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Antaranya ialah:
“Allah telah menyaksik...
Penghapus Dosa
-
*Lihatlah* pada mereka yang *SAKIT,*
*DAHULUny*a mereka pernah *SIHAT,*
*Lihatlah* pada mereka yang *TUA,*
*SUATU KETIKA* dahulu mereka juga pernah *MUDA...
Pilihan
-
Bismillah..Assalamualaikum..semoga hari ini lebih baik dari semalam,
insyaAllah..
Setiap hari, setiap ketika, setiap masa dan setiap saat kita akan berdepa...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
Ujian Kehamilan Melalui Air Kencing
-
Semua ujian kehamilan mengukur aras hormon kehamilan gonadotropin korionik
manusia (human Chorionic Gonadotrophin - hCG) dalam badan.
Ujian kehamilan di ...
REDHA
-
Redha memang tidak mudah. Tetapi redha itulah yang mampu buat hati hilang
resah dan membuahkan ketenangan...
Pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaha...
22 Hadis berkaitan dengan dosa
-
1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada
siapa yang kamu durhakai. (HR. Aththusi) 2. Perbuatan dosa mengakibatkan
sial terhad...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Al ikhlas
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
UNESCO adds Persian garden to World Heritage List
-
"TEHRAN -- The Persian garden was registered on UNESCO’s World Heritage
List on Monday.
The decision to register the property on the list was made during ...
KISAH LELAKI KACAK…
-
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang
mempunyai taraf ...
15 PINTU SYAITAN
-
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita - pintu marah - cinta dunia -
kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- ba...