Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Wednesday, September 8, 2010

Eidul Fitri Yang Berkat di Sambut Tanpa Maksiat


Eidul Fitri Yang Berkat di Sambut Tanpa Maksiat

by Abu Basyer on Tuesday, September 7, 2010 at 10:44am

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Ramadhan sudah sampai penghujungnya, bulan yang penuh keberkatan ini akan pergi meninggalkan kita. Bagi hati Mukmin, perginya Ramadhan membuat hati merasa sayu dan sedih, kerana kehadiran Ramadhan membawa seribu kebaikan dan kegembiraan iaitu mendapat rahmat Allah, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari siksaan api Neraka. Kelebihannya tidak ada pada bulan-bulan yang lain

Sebulan kita menahan lapar. Ringan badan beribadah. Berlapar menutup pintu hasutan syaitan. Muslimin mengikis penyakit-penyakit hati seperti hasad, ego, ‘ujub, sum’ah, bakhil, buruk makan, cinta dunia dan panjang angan-angan. Membuang sifat malas dan berpoya, berpecah dan berseteru.

Madrasah Ramadhan merupakan proses tarbiyyah dan tazkiyah pada hati, jiwa dan ruh kepada pembersihan sebenar yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Natijah dari segala proses di madrasah ini melahirkan hati yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Taqwa inilah merupakan pakaian orang Mukmin, pakaian inilah yang dipakainya untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang.

Sahabat yang dimuliakan,

Adakah Ramadhan kali ini, merupakan Ramadhan yang terbaik pernah sahabat rasai? Adakah segala amal ibadah, puasa, do’a, munajat, tafakur, sedekah, bacaan al-Qur’an yang sahabat laksanakan memberi kesan yang mendalam pada hati , jiwa dan perasaan dan benar-benar dapat merasai kemanisannya? Meningkat atau tidak meningkatnya tarbiyyah ruhiyah ini, berkesan atau tidak berkesannya proses tamrin ini bergantung pada peribadi masing-masing sejauhmana ia hayati Ramadhan.

Berbahagialah sesiapa yang diubah perangainya oleh Ramadhan. Ia terlepas dari celaan seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Terjauhlah (dari rahmat) sesiapa yang sempat bertemu dengan Ramadhan (tetapi tidak memperdulikannya) maka Allah tidak mengampunkannya.”(Hadis Riwayat al-Hakim dari Kaab bin ‘Ujrah)

Sahabat boleh muhasabah diri sendiri, kesan yang paling nyata adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita laksanakan semasa Ramadhan akan dapat kita teruskan dan istiqamah pada bulan-bulan berikutnya , malah mungkin lebih baik lagi. Jika ini berlaku , ini bermakna ciri-ciri taqwa itu dapat kita perolehi. Taqwa itu ia tidak tersimpan didalam hati sahaja tetapi ia akan dilahirkan dalam berfikir, dalam tindakkan dan membuat keputusan, nampak jelas dalam peribadi, akhlak, tutur kata, pergaulan dan amalan hariannya.

Apakah kalian bertemu malam Lailatul Qadr? Yang pasti kalian telah bertemu Lailatu Qadr hanya kalian tidak mengetahui malam Ramadhan ke berapa dan bila saatnya berlaku! Maksud hadis Nabi s.a.w. menyatakan bahawa sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah disepanjang Ramadhan dia sebenarnya telah mendapat malam Lailatul Qadr. Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa fadilat solat isyak berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat separuh malam dan fadilat solat subuh berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat sepanjang malam. Kita mohon kehadrat Allah s.w.t semoga keberkatan malam Lailatu Qadr tahun ini dapat memberi kesan pada hati, jiwa dan kehidupan kita yang lebih baik dan mendapat keredhan Allah s.w.t.

Sahabat,

Dengan kedatangan Eidul Fitri ini bermakna hari kemenangan umat Islam, perlu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur diatas kemenangan iman menakluki nafsu dalam bulan Ramadhan. Eid bermakna hari kejayaan dan Fitri bermakna fitrah iaitu nurani yang bersih.

Kejayaan disambut pada Eidul Fitri, berkumandang takbir, tahmid dan tasbih. Hati Mukmin semakin akrab dan kasih terhadap Allah, pancaran nur ibadah Ramadhan. Zakat fitrah dkeluarkan, tanda syukur menghabiskan Ramadhan dengan penuh adab. Berlapar sebulan menginsafkan ia tentang penderitaan orang miskin dan pelarian perang yang tertindas. Ia menunaikan solat sunat Eidul Fitri menyembah Zat Yang Agung, Allah s.w.t. Hari lebaran membuka ruang untuk bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan, kasih sayang dan berlemah lembut sesama Mukmin. Ia berkata didalam takbir, ‘Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa, yang benar pada janji-Nya, yang membantu hamba-Nya, yang memenangkan pejuang (agama-Nya) dan mengalahkan pakatan musuh-Nya, semua dengan sendiri-Nya.’

Sahabat yang dihormati,

Eidul Fitri disambut dengan sederhana. Sederhana dalam makanan dan perhiasan. Yang meriah ialah hati kerana iman yang diperolehi. Apa yang indah ialah kata-kata dan akhlak mulia yang dibina dalam Ramadhan, ucapan yang dianjurkan ialah :

1.‘Taqabbalallahu minkum ‘ bererti semoga Allah menerima amal kamu.

2.’Kullu ‘ammun wa antum bikhir’ bererti sepanjang tahun kamu dalam kebaikan.

3.’Minal ‘Aidin wal faizin. Bererti kamu tergolong di kalangan yang mulia dan berjaya.

Tidak perlu bermuzik atau menonton filem yang menggiurkan syahwat.Sebuah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud ; “ Perlakuan dosa pada hari Eid umpama membuat dosa pada Hari Mahsyar.”Ingatlah Eidul Fitri ialah satu ibadah bukan adat."

Kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat-sahabat di atas salah dan silap dan diatas terkasar bahasa yang menyenggung perasaan sahabat semua. "Semoga Allah terima amal kami dan amal kamu."

Wassalam


Saturday, September 4, 2010

RAMADHANKAN PERGI...




RAMADHAN semakin menghampiri penghujung, terlalu cepat masa berlalu…. Walaupun sedih untuk berpisah dengannya, Ramadhan tetap akan pergi meninggalkan kita. Beruntunglah bagi mereka yang boleh berjaya memanfaatkan Ramadhan siang dan malamnya. Berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa ganjaran kecuali lapar dahaga sahaja. Maka rugilah mereka yang gagal memanfaatkannya dengan pelbagai alasan kerana tiada jaminan kita akan bertemu Ramadhan tahun depan.


Sabda Rasulullah:

“Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Firman Allah dalam hadits yang disampaikan oleh Nabi :

"Puasa itu untuk-Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari pada aroma kesturi." (Hadits Muttafaq 'Alaih).


Sabda Rasulullah saw:

“Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.”


Saturday, August 14, 2010

POHONLAH KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN SEBELUM TERLAMBAT

Mentari 3 Ramadhan dah pun tenggelam, kini menyingsing pula mentari 4 Ramadhan. Marilah sama-sama kita muhasabah diri, sempurna tidaknya lapar dahaga tiga hari lepas.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jadikanlah kami termasuk orang yang perpuasa pada bulan ini, yang pahalanya sempurna, yang mendapat Lailatul Qadar, yang mendapat rahmat dan redhaMu"

… Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap samada disedari atau tidak kepada semua yang mengenali diri ini...

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasan...ah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.

ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.

iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Pohonlah keampunan atas setiap kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan kerana tiada jaminan kita akan bertemu Ramadhan lagi tahun depan...



Wednesday, August 11, 2010

MULIANYA RAMADHAN...



Sempatkah kita sampai kepenghujungnya?

Tuesday, August 10, 2010

DOA MALAIKAT JIBRIL MENJELANG RAMADHAN...


Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.


Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat?



Oleh itu terlebih dahulu ku pohon AMPUN MAAF atas segala salah dan silap samada disengajakan atau tidak dan disedari atau tidak kepada semua.



Monday, August 9, 2010

6 OGOS DATANG LAHI...


Saban tahun ia datang bertamu...
Mengetuk pintu hati...
Menyampai khabar...
Juga sebagai signal...
USIA SEMAKIN BERTAMBAH...
Kematian semakin menghampiri...
Seiringkah amal dengan usia...?
Moga segala amalku di terima olehNya...

Ku panjatkan kesyukuran padamu Ya Allah...
Masih memberi kesempatan untukku ...
Bertamu di bumiMu...
Moga aku masih bisa menghuni...
dan menikmati kehidupan yang sementara ini...
Untuk aku meningkatkan amalku...
Memohon terima taubatku...
Sebelum aku menerima...
JEMPUTAN istimewaMu...
Amin...

Saturday, July 24, 2010

ANDAI ESOK NAFASKU TERHENTI...

Andai esok nafasku terhenti doakanlah daku…

Ampuni dosaku...





Monday, July 12, 2010

MOHON REDHAMU YA ALLAH...


“Di hamparan ini terasa kerdilnya diri...

mengenangkan dosa semalam menghantui...

hilangkan keakuan yang masih menjadi keegoan diri...

mohonku padaMu wahai Yang Maha Mengerti...

moga hidup yang satu ini...

di redhaiMu sampai mati...”



Tuesday, June 15, 2010

PENGHUJUNG USIA…



Apa perasaan kita jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin kita dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dibantu, dan hanya menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui penghujung usia kita. Setiap detik berlalu bermakna kita makin dekat menghampirinya. Setiap majlis hari lahir yang disambut bermakna kian singkatlah baki umur kita. Hakikatnya, memang usia kita semakin berkurang, bukan bertambah...

Kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. "Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa, dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (maksud al-Baqarah: 197)...

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang takwa menjawab: " Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya...

Benar, sakit merupakan peringatan, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu cara Allah meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu...

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki...

Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?...

Perhatikan jejak usia yang kita tinggalkan. Cepat sekali masa beredar. 40 tahun seolah-olah baru semalam berlalu...

Kerdilnya diri ini mengenangkan dosa demi dosa, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan ... alangkah kecilnya. Jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat...

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Apa perasaan kita jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya. Benarkah sudah singkat benar baki usiaku?...


Sunday, June 6, 2010

KITA TIADA APA-APA

KU TIADA APA-APA


Kita tidak memiliki apa-apa pun di dunia ini…

Janganlah sesekali menganggap sesuatu nikmat dan kurniaan itu adalah milik kita…

Kerana ia bakal membawa kekecewaan yang besar nanti…

Dan ia juga mungkin akan menjerumuskan kita ke lembah yang melalaikan…


Ingatlah…

Semua itu adalah milikNya…

Bukan milik kita…

Dan Dia berhak mengambilnya kembali bila-bila masa saja…


Ya Allah…

Tundukan nafsuku yang selalu nakal menjamah hati…

Singkirkan rasa yang menjadi sampah, malas, marah, benci, cemburu dan dengki...

Jauhkan dari biskan-bisikan yang menggema, menyesatkan…

Hilangkan keakuan yang masih menjadi keegoan diri…

Musnahkan kesombongan yang padahal semuanya milikMu…


Mohonku padaMu…

Jadikan kami hambaMu yang bersyukur, taat dan sabar…

Kirimkan kami seberkas NurMu…

Balutlah kami dengan selimut taufik dan hidayahMu…

Agar rasa tenang menyelimuti diri…

Belailah kami dengan kasih sayang dan rinduMu…

Peluklah kami erat agar kami tak mampu terlepas dariMu…



Wednesday, June 2, 2010

RAPUH

RAPUH


detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan…

seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup…

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu…

maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta…

semua berakhir padaMu…




Tuesday, June 1, 2010

DAYAKU HANYA PASRAH PADAMU YA ALLAH...

Dalam sujud... ku tunduk merendah diri padaMu, Yang Maha Agung...

Dalam sujud... ku berdoa padaMu, Yang Maha Mengerti...

Dalam sujud... ku meminta dan berharap padaMu, Yang Maha Pemberi...

Dalam sujud... ku mohon ampunanMu atas dosa demi dosa...

Dalam sujud... ku tagih cintaMu, yang tak bertepi...

Dalam sujud... ku mohon kasih sayangMu, yang melimpah ruah...

Dalam sujud... ku luah segala hasrat...

Dalam sujud... ku temui bahagia...

Dalam sujud... ku temui kasih Mu...

Dalam sujud... ku tumpahkan air mata agar basah ladang hati yang gersang...



Saturday, May 15, 2010

TERIMA KASIH MAK, TERIMA KASIH AYAH DAN TERIMA KASIH CIKGU.



Rasulullah SAW pernah bersabda :

" Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu...(samada masih hidup atau telah pergi) nescaya pintu rezeki akan terbuka buat mu..."


" Tidak akan terputus rezeki seseorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya dalam sehari..."


* Jangan sekali-kali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa kita...

* Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapanya...

* Ingatlah bahawa keredhaan Allah adalah bergantung pada keredhaan kedua ibu bapa kita...

* Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dengan membayangkan wajah kedua ibu bapa kita, termasuk guru-guru kita dan orang-orang yang telah berjasa pada kita...

* Mereka yang lupa berdoa kepada kedua ibu bapa, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT...


“Setiap kali sujud, doaku tak pernah putus buat mu, pohon ampun dan maaf semua kesalahan ku...”


Thursday, May 13, 2010

PASRAH PADA MU


Ya Allah ya Tuhan...

Terasa amat kerdil diri ini di hadapanMu…

Terasa gentarnya aku bila mengenangkan amalku yang teramat sedikit…

Dayaku hanya pasrah pada Mu ya Allah…


Tidak ku tahu esok bagaimana?...
Walau setapak ku melangkah seperti tiada tenaga…

Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku…
Anugerahkanlah aku cintaMu…
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu…


Ya Allah…

Jika ajalku telah datang dalam sakitku ini…

Maka senangkanlah aku…

Jika masih jauh hilangkanlah penyakitku…

Dan jika sebagai cubaan dari Mu…

Maka berikanlah kesabaran padaku…


“Ya ALLAH... kenalkanlah kami dengan Agungnya cintaMU...”

“JANGAN KAU AMBIL NYAWAKU SEBELUM TAUBATKU KAU TERIMA...”



Sunday, May 9, 2010

KESEDIHAN

Tuesday, May 4, 2010

NOTA CINTA


Andainya dapatku menulis

Nota-nota cinta buat diriNya

Ingin ku titipkan bersama

Semua kuntuman bunga

Yang indah berseri…


Ku sembur haruman mewangi

Bersama kata-kata puji

Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku

Menjalin ikatan menuju ke Syurga…


Cintaku kepada Dia

Rinduku hanya padaNya

Kasihku tulus buatNya

Setiaku balas kasihNya

Kasihku kasih yang setia

Pada Yang Punya…


Dambaku pada Yang Esa

Pujian hanya buatNya

Akurku kebesaranNya

Teragung Maha SuciNya

Taatku hamba yang hina

Pada Pencipta…


Kiranya aku hilang arah

Jalan hidupku berubah punah

Namun kasihNya tak pernah akan musnah

Belas rahmatNya terus mencurah-curah

Nur HidayahNya semakin cerah…