Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Thursday, February 17, 2011

DUNIA HANYA PERSINGGAHAN...

Dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita. Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun?. Beberapa hari?. Beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat lagi?. Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal... Namun apa yang telah kita lakukan untuk meraih syurga Allah?...

Terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Walaupun peringatan demi peringatan di beri, kita masih melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk kita meninggalkan perkara-perkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar kesemuanya… Terlalu singkat untuk mencari bekalan ke akhirat...

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah tanaman untuk hari Akhirat…"
Berdasarkan hadis Nabi di atas ertinya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan perlu kepada persiapan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari Ak...hirat…
Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting, kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari Akhirat nanti…

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada seseorang sesungguhnya dia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat…" Iaitu :
1. Hati yang sentiasa bersyukur…
2. Lisan yang sentiasa berzikir…
3. Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah… dan
4. Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya…


Untuk bahagia di hari Akhirat, kita mesti melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia… Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat… Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik…



Maka jadikanlah dunia ini medan untuk beramal. Hidup di dunia hanya sekali sahaja. Ahli hukama ada berkata, " Dunia adalah tempat beramal tiada balasan, dan akhirat adalah tempat balasan tiada amal... Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal…"



Sujudlah kita kepada Allah, mohonlah kepada Allah supaya kita terus berada di landasan yang lurus, mohonlah kepada Allah supaya kehidupan kita yang singkat ini direhai Allah… Aminn…



Tuesday, February 15, 2011

KHUTBAH HAJI TERAKHIR NABI SAW...

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah...

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah...

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini...

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang...

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil...

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina...

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh...

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku...

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU...

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu...

~Ya Allah...
aku memohon keampunanMu dari setiap sunnah-sunnah Nabi SAW yang aku tinggalkan, samada disebabkan kelalaian, lupa, kejahilanku atau meringan-ringankanya, samada sedikit atau banyak..."






Sunday, February 13, 2011

TAKUTLAH KEPADA ALLAH...

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! dan hendaklah (tiap-tiap) orang yang memerhatikan apa yang diusahakan esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan…”( Al-Hasyr:18)


Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata: “Tanda-tanda takut kepada Allah itu dalam 7 perkara…” iaitu:

1. Pada Lisannya...
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak…

2. Pada hatinya...
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan sepertimana sabda Rasulullah SAW:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu…”

3. Pada Matanya...
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari akhirat…”

4. Pada Perutnya...
Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, Nerakalah tempatnya…”

5. Pada Tangannya...
Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar katanya:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70 ribu aula, setiap aula terdapat 70 ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk kesitu, melainkan orang-orang yang ditawarkan barang haram tetapi ditolaknya kerana takut akan dia kepada Allah SWT…”

6. Pada Langkahnya...
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh…

7. Pada ketaatannya...
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik…

Barang siapa yang melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk tergolong dalam golongan orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)…”
( Al-Hijr:45)