Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Tuesday, December 22, 2009

10 MUHARRAM
































Hari ke-10 dalam bulan Muharrah lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.




Monday, December 21, 2009

DOKTOR DUNIA DAN AKHIRAT

Kisah terjadi dahulukala,
Ketika Saidina Ali berhijrah ke Basrah,
Terlihat olehnya manusia mengadap seorang pemuda,
Tampan dan segak nampaknya si dia.

Oh...sang doktor rupanya,
Hebat mengesan penyakit zahir,
Derita batin berkeupayaan dia.

Dirapatinyalah si doktor muda,
Lalu terjadilah dialog di antara mereka.

Assalamualaikum tuan doktor,
Salam dijawab penuh mesra,
Boleh tuan tunjukkan ubat penyakit dosa?
Pertanyaan ditanya beberapa kali.

Sang doktor akhirnya berkata,
Jika ingin mengubat dosa,

Tinggallah di kebun iman,
Ambillah akar-akar niat dan bijirin penyesalan,
Petiklah daun membaiki diri dan azam,

Taburlah bijirin warak,
Semailah buah feqah,

Dahan-dahannya adalah yakin,
Saripatinya adalah ikhlas,
Dan kulitnya adalah ijtihad.


Ambillah akar-akar tawakkal,

Sempurnakannya dengan iktibar,

Minumannya air taubat,
Dan ubatnya tawadhuk.

Ubat diambil dengan hati yang hadir,
waspada dan faham,

Peganglah taufik,
basahlah selalu dengan airmata,

Nyalakan api-api rindu sehingga kedapatan buih-buih hikmat.


Setelah masak,
tuangkanlah ke dulang redha,

Kipaslah dengan kipasan istighfar,

Lalu kau akan dapati minuman yang sangat jernih,
asli dan sedap rasanya.


Minumlah air itu di tempat yang sunyi tanpa manusia,

Hanya Allah Taala semata-mata,
Itulah dia pengubat dosa yang mustajab.


Selesai memberi ubat maka terdengarlah,
Madah-madah dari doktor tentang Yang Maha Esa,
Tiba-tiba terdengar teriakan dari doktor budiman,
Jatuh ia rebah lalu kaku.

Sesungguhnya engkau ini doktor dunia dan akhirat,
Itulah ungkapan Saidina Ali kepadanya,
Lalu jasad doktor disemadikan dengan aman.



Thursday, December 17, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH


































“Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukanya”


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



Thursday, December 3, 2009

YANG PERLU KITA HAYATI BERSAMA












SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tulisan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain..