Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."

Tuesday, September 29, 2009

PEREMPUAN & MINYAK WANGI










SALAM...

Tentang Perempuan dan minyak wangi...

Hadits Pertama :
من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”

(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah).


Hadits Kedua :
حبب الي من دنيا آم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/ wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.”

(Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik).


Hadits Ketiga :
أطيب الطيب المسك

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy).

Hadits Keempat :
إذ ا شهدت احد ا آن العشاء فلا تمس طيبا

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.”

(Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab).

Hadits Kelima :
أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah).

Hadits Keenam :
إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب آماتغسل من الجنابة

“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.”

(Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah).

Hadits Ketujuh :
أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”

(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).

Hadits Kelapan :
أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية


“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”

(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

wallahualam.



Sunday, September 27, 2009

DOA TAUBAT

Aku tanpa cintaMu

WAHAI KEKASIH

KEKASIH YANG DIRINDU

Sunday, September 20, 2009

MENJELANG 1 SYAWAL

Ramadhan akan tetap pergi meninggalkan kita walaupun kita menangis dan merayu agar tidak ditinggalkan…. Selamat datang Syawal dan selamat tinggal Ramadhan, semuga Allah panjangkan umur kita agar dapat bertemu lagi tahun hadapan….


Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG,

Seucap JANJI membuatkan kita PERCAYA,

Sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA,

Tetapi sebuah KEMAAFAN selamanya BERMAKNA……


Tiada HARI seindah JUMAAT,

Tiada KATA seindah ZIKIR,

Tiada BULAN seindah RAMADHAN,

Tiada KETENANGAN seindah KEMAAFAN…….



“MARILAH SAMA-SAMA KITA BERMAAF-MAAFAN, SEMOGA 1 SYAWAL BENAR-BENAR MENJANJIKAN KEMENANGAN UNTUK KITA…….”

Friday, September 18, 2009

SALAM EIDULFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN


RAMADHAN semakin menghampiri penghujung, terlalu cepat masa berlalu…. Walaupun sedih untuk berpisah dengannya, Ramadhan tetap akan pergi meninggalkan kita. Beruntunglah bagi mereka yang boleh berjaya memanfaatkan Ramadhan siang dan malamnya. Berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa ganjaran kecuali lapar dahaga sahaja. Maka rugilah mereka yang gagal memanfaatkannya dengan pelbagai alasan kerana tiada jaminan kita akan bertemu Ramadhan tahun depan.


Sabda Rasulullah:


“Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Firman Allah dalam hadits yang disampaikan oleh Nabi :


"Puasa itu untuk-Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari pada aroma kesturi." (Hadits Muttafaq 'Alaih).


Sabda Rasulullah saw:

Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.”


“Sesiapa yang menghidupkan malam Eidulfitri dan Eidul Adha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati akan mati (kiamat)”.




Selamat Hari Raya Eidulfitri

Maaf Zahir & Batin…



Thursday, September 17, 2009

RAMADHAN HAMPIR BERLALU



Nabi pernah bersabda :
“Sebaik-baik manusia ialah yang menghabiskan umurnya dengan amalan-amalan yang baik”






Monday, September 14, 2009

MUNAJAD KU PADAMU TUHAN

KERANA CINTA



Kerana Cinta

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com

Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia

biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta 2X
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa merawat duka

damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang

begitulah cinta yang diidamkan

tanpa nafsu yang mencemarkan


dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana

dan jangan pula kerana bercinta

tergadai semua maruah agama

cinta oh oh cinta

oh oh cinta oh oh cinta

kerana cinta


cinta yang sejati
hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya

cintakan saudara

masa berada
hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan

ketakwaan..


Saturday, September 12, 2009

DUIT RAYA

Kakitangan awam kumpulan sokongan diberi bantuan sambut Aidilfitri

PUTRAJAYA: Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata separuh daripada bantuan berkenaan dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran itu akan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM430 juta.

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menyifatkan pemberian bantuan khas itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan berpendapatan sederhana bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.

Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, kakitangan kerajaan tidak seharusnya berasa kecewa, sebaliknya bersyukur kerana kerajaan masih prihatin dengan bersetuju memberi bantuan dalam keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

"Pemberian ini bukannya bonus, sebaliknya bantuan khas atau sagu hati yang diberi kepada kakitangan sokongan.

"Kita tidak boleh membandingkan pemberian bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 yang diterima tahun lalu," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Cuepacs sebelum ini merayu kerajaan membayar bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam dengan separuh daripadanya dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.

Omar berkata, Cuepacs sebenarnya tidak pernah menekan kerajaan supaya memberi bantuan kewangan itu, malah sedia menerima keputusan jika peruntukan berkenaan tidak boleh diberi tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kakitangan yang menerima bantuan itu supaya bijak mengurus perbelanjaan.

Beliau berkata, pembayaran dua kali bagi bantuan khas kewangan itu juga bertujuan membolehkan kakitangan awam merancang perbelanjaan untuk menyambut Aidilfitri dan membeli kelengkapan persekolahan anak.

Tak adil, tak adil, akupun nak duit raya juga. Anakku 10, tolak satu.... hehehe......

B Harian.




Friday, September 11, 2009

AMPUNKANLAH DOSA HAMBAMU INI YA ALLAH....


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.....

Rasulullah saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga pertama baginda mengucapkan 'Amin', begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat, para sahabat bertanya "Mengapa Rasulullah mengucapkan 'Amin'?. Rasulullah s.a.w. menjawab, Malaikat Jibril datang dan berkata "Kecewa dan rugilah seseorang yang BILA NAMAMU DISEBUT, DIA TIDAK MENGUCAP SALAWAT KE ATASMU" lalu aku berkata 'Amin'. Kemudian jibril berkata lagi " Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN HIDUP BERSAMA KEDUA ORG TUANYA, TETAPI DIA TIDAK DAPAT MASUK SYURGA" lalu aku mengucapkan 'Amin'. Kemudian katanya lagi "Kecewa dan rugilah orang yang BERKESEMPATAN (HIDUP ) PADA BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAK TERAMPUN DOSA-DOSANYA." lalu aku berkata 'Amin'.


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi ampun dan Maha Pengampun, maka ampunilah hambaMu ini Ya Allah”.

MUHASABAH PUASA KITA SEBELUM BERAKHIR


Sehingga ke hari ini kita sudah melepasi separuh Ramadhan. Tetapi siapa antara kita yang telah membuat penilaian semula sama ada ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ini betul-betul menepati kehendak Allah.

Rasulullah mahu umatnya melakukan puasa dengan penuh rasa keimanan. Bukan puasa kerana terpaksa, apatah lagi kerana takut orang kata. Puasa kerana taat kepada Allah, kerana mahu menjadi orang yang bertakwa.

Apakah kita berpuasa atas dasar keimanan kepada Allah? Tahniahlah kepada mereka yang Berjaya melakukan ibadah dalam bulan Ramadhan ini dengan penuh rasa keimanan. Sabda Rasulullah
من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر الله له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Demikian jaminan Rasulullah kepada umat Islam. Tetapi bagaimana mereka yang berpuasa kerana terpaksa dan kerana takut orang kata dan sebagainya? Memang ada sebuah hadis yang antara lain bermaksud, berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa ganjaran kecuali lapar dahaga (mungkin dapat pahala berlapar saja).

Biasanya puasa golongan ini tidak menginsafkan malah puasa yang akan berakhir itu tanpa dinilai semula. Kalau boleh lebih cepat habis puasa lagi bagus. Puasa yang dilakukan sekadar menunaikan perintah agama selama sebulan, tetapi yang paling penting ialah sambutan Aidilfitri di penghujungnya.

Oleh sebab itulah semangat umat Islam berkobar-kobar pada awal Ramadhan tetapi semakin berkurangan pada hari-hari berikutnya. Hal ini kerana ibadah yang dilakukan tidak dirasakan faedahnya kepada diri, pahalanya pun tidak nampak, tapi sebaliknya penat dan membosankan.

Di sinilah bezanya puasa umat Islam akhir zaman dengan puasa para sahabat dan tabiin. Puasa mereka bersungguh-sungguh malah semakin penghujung dilipatgandakan beribadah. Hal ini kerana peluang untuk beribadah sebegini sudah semakan tiada. Mereka bimbang kalau tidak sempat untuk sampai ke Ramadhan akan datang.

Sebenarnya kebanyakan umat Islam tidak benar-benar diberi kefahaman tentang maksud hadis di atas iaitu “siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini.”

Hadis daripada Abu Hurairah itu menyebut dua perkara penting iaitu “Imanan” dan “Ihtisaban” sebagai syarat Allah mengampunkan dosa mereka yang terdahulu. Namun pengertiannya masih kabur pada orang kebanyakan.

Puasa “imanan” diterjemahkan sebagai puasa dengan penuh rasa keimanan. Tetapi bagaimana untuk mencapai puasa itu? Inilah yang belum dijelaskan secara serius.

Umat Islam seharusnya berpuasa kerana patuh perintah Allah, percaya perintah itu ada hikmahnya kepada manusia, dan sedar bahawa Allah maha mengetahui segalanya tentang makhluknya lalu tidak mampu diingkari. Berapa ramai umat Islam yang dapat rasakan keimanan begini?

Puasa “ihtisaban” biasanya diterjemahkan sebagai mengharapkan pahala. Terjemahan ini mengajar umat Islam supaya tidak ikhlas dalam melakukan puasa. Setiap kali berpuasa, diharapkan pahala, namun pahala tidak nampak di hadapan mata. Itulah sebabnya mereka semakin hari semakin berkurangan menghayati bulan Ramadhan.

Sebenarnya ihtisaban harus difahami sebagai rasa diawasi oleh Allah. Apabila umat Islam melakukan puasa dalam keadaan sedar bahawa perbuatannya diawasi oleh Allah, pasti mereka akan lakukan dengan sebaiknya.

Jadi, wajarlah mereka diberi pengampunan dosa yang lalu jika puasa mereka benar-benar kerana kepatuhan kepada Allah dan rasa diawasi oleh-Nya. Rasa keinsafan ini yang menyebabkan Allah mahu melupakan kesalahan mereka yang lalu.

Selain itu, hadis ini adalah merujuk kepada puasa pada siang hari, maka tidak termasuk amalan lain pada malamnya. Terdapat hadis lain yang khusus untuk malamnya iaitu sabda Rasulullah s.a.w.
من قام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Siapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini merujuk kepada qiamullail yang bermula daripada solat Tarawih, witir, tahajud, dan sebagainya. Maka sesiapa yang dapat melakukan semua solat itu kerana patuh dan taat kepada Allah dan dapat merasai bahawa mereka diawasi sepanjang malam, sudah tentu mereka layak diberi keampunan.
Tidak cukup setakat itu, Rasulullah turut bersabda:
من اعتكف إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه
ومن اعتكف فلا يحرمن الكلام

Maksudnya: “Siapa yang beriktikaf dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini dan siapa yang beriktikaf tidaklah diharamkan berkata-kata.” (Riwayat Addailamy).

Hadis ini melengkapkan ibadah Ramadhan sepanjang bulan. Tawaran untuk orang yang beriktikaf di dalam masjid tidak menentukan masa sama ada malam atau siang. Maka setiap kali mereka masuk ke dalam masjid boleh diniatkan iktikaf dan membatalkannya setelah hendak keluar masjid.

Bayangkan berapa lama seseorang itu boleh beriktikaf kalau dia masuk untuk solat maghrib dan mengekalkannya sehingga selesai witir. Apatah lagi kalau dia terus melakukan tadarus sehingga tengah malam. Jika iktikafnya kerana perintah Allah dan merasai diawasi Allah sudah tentu dia layak mendapat pengampunan Allah.

Malangnya, umat Islam tidak pernah diberi penjelasan seumpama ini hingga menyebabkan setiap kali jemaah memasuki masjid, terasa bosan dan segera hendak pulang. Solat tarawih dilakukan hanya 8 rakaat dan segera pulang. Apakah mereka berpeluang mendapat pengampunan Allah?

Jadi, sebelum berakhir Ramadhan ini, marilah kita baiki ibadah kita berdasarkan hadis di atas. Semoga kita beroleh pengampunan Allah.

Dipetik dari CINA ISLAM


Wednesday, September 9, 2009

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Terlalu cepat masa ku rasakan berlalu. Pejam celik pejam celik, kita telah berada dalam fasa ke 3 iaitu 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulullah s.a.w. melakukan tiga perkara pada 10 malam terakhir ini, iaitu menghidupkan malam, mengejutkan semua ahli keluarga dan bersungguh-sungguh melakukan ibadat.

Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu”
kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).
Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.



AL FATIHAH UNTUK AYAHANDA TERCINTA




Al Fatihah buat ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 19 Ramadhan, 23 tahun yang lalu.


Rasulullah mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana.







Thursday, September 3, 2009

PESAN RASULULLAH KEPADA AISYAH SEBELUM TIDUR

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara”, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....



Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah :

*Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

*Bacalah selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

*Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

*Dan, perbanyaklah bertasbih 33 subhanallah 33 alhamdulilah 34 Allah hu Akbar, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"



Tuesday, September 1, 2009

RAMADHAN DAN ROKOK


INILAH MASANYA BERHENTI MEROKOK


Perokok berjaya menahan daripada ketagihan nikotin selama 14 jam ketika berpuasa. Perokok sepatutnya mengambil peluang pada Ramadan untuk membentuk hidup lebih positif dengan mengurang atau memberhentikan tabiat merokok. Jangan cari rokok sebagai 'pelengkap' berbuka.

Jika kita perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat - yang mencacatkan kemanisan senyuman!

Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.

Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot 5 kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).


Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelili
ngi oksigen percuma!

Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.

Lupus - Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.


Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.

Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50%) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur b
ersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.

Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.

Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju - yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.


Risiko mati pucuk - Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.

Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60% mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.


Secara keseluruhan 15% perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12% lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.

Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.

Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25% kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhen
ti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.

Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24% perokok tidur berdengkur berbanding 20% kumpulan yang sudah berhenti merokok dan han
ya 14% bagi golongan tidak pernah merokok.

Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20% individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.

Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30% dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap t
ahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.

Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok.